MINTAK RAJIN YER>>> =D

KALAU XNAMPAK XTAW LA

Tuesday 22 November 2011

TRUTH : Tewasnye Aku Kerana



"Dia ada tempat dia sendiri dlm hati aku" ayat yang betul2 buat aku tersentak. Ketika itu berderai air mata aku menitik. Setelah segala apa yang kita buat bersama, setelah hampir semua tangisan dan ketawa yang kita bersama, malam ini aku terima semua tu daripada kau. Dulu aku tempat kau menangis dan di bahu ini kau lepaskan kedukaan kau yang buat aku rasa aku insan paling istimewa dalam hidup kau.

Tapi sekarang apa yang aku terima semacam satu kepedihan. Mungkin aku mengongkong hidup kau yang bebas. Mungkin aku terlampau menghalang. Memang aku marahkan and bencikan kau. Memang aku janjikan kebahagiaan yang aku cuba beri dalam hidup kita bersama. Tapi sebagai lelaki aku terleka. Terleka dengan hilai ketawa kau yang membuat aku terapung. Segala yang aku terima dalam perkenalan kita ini adalah baru bagi aku.

Aku tak idamkan kau secantik bidadari syurga. Cukuplah sekadar insan yang biasa yang mampu buat aku rindu untuk melihat senyuman kau. Aku anggap kau sebagai kawan,teman,kekasih,isteri, dan kau juga tetap sebagai musuh dan lawan aku. Kenapa kau tak mampu untuk faham tu sayang. Bukan segala pergaduhan kita aku idamkan perpisahan, bukan aku minta atau rayu kau membuka pintu hatimu semula untuk dilukakan. Tak bisa aku samakan kedudukan kita yang aku letakkan kau di tempat tertinggi supaya tak siapa mampu sentuh kau lagi. Kenapa malam ini aku harus berkongsi hati kau yang bagi aku sangat indah dihiasi dengan segala apa yang kau miliki. Tamparan yang membuat aku lumpuh dan berderai air mata aku menerima semua ini. 

Jikalau aku dipaksa berlawan untuk merebut hati  kau semula, cukuplah aku berpaling dan berlalu. Aku tak mungkin melukakan orang yang kau sayangi kerana dia juga sebahagian hati kau yang dulunya milikku. Aku rela dianggap lemah kerana kau. Aku pergi bukan kerana aku bencikan or aku sombong. Tapi aku pergi meninggalkan jejak hidup kita yang bisa membuat aku lemah. Aku pergi dengan seribu kemaafan dan doa yang aku iringi di sepanjang jalan kita bersama. Aku mendoakan kebahagiaan kau dengan Dia. Seumpama aku berjalan dengan pedang tetusuk dihati. Mengatur langkah menuju kepada ketenangan. Hati aku ini Milik kau sehingga hari terakhir aku bernafas. "Awak,bukan saya buat semua ni untuk memalukan awak,tapi sebab saya takde sape2 selaen awak melaenkan dunia yan g luas nie untuk saya luahkan, maafkan saya kerana leka dengan semua yang awak hidangkan,Saya sayang awak n doakan awak bahagia dengan dia k syg"......... Tumpasnye aku di medan ini kerana sayang.


p/s: I love you

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DAh bAca Klik SatU KAli Saja